SOP Konvokesyen
Bagaimana jika saya hadir lebih dari kedua ibu bapa ?
Jawapan :
HANYA graduan dan DUA (2) pengiring yang memenuhi kriteria sahaja dibenarkan memasuki Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson. Pengiring yang lain diminta menunggu di luar dewan sepanjang majlis konvokesyen berlangsung.
Bayaran Konvokesyen
Bagaimana sekiranya tersalah bayar akaun lain di iPayment? (salah pilih agensi).
Jawapan :
Sebelum tuan/puan membuat pembayaran, sila pastikan agensi yang dipilih adalah POLITEKNIK NILAI. Sekiranya masih berlaku kesilapan, sila berurusan dengan agensi berkenaan untuk membuat tuntutan balik bayaran. Pihak Politeknik Nilai tidak bertanggungjawab di atas kecuaian graduan membuat bayaran kepada agensi yang salah. Tuan/Puan tetap perlu menjelaskan yuran konvokesyen di platform Politeknik Nilai untuk meneruskan dengan pengesahan kehadiran.
Bagaimana sekiranya terlebih bayar yuran?
Jawapan :
Sila mohon bayaran lebihan tersebut secara bertulis dengan menyertakan salinan asal resit pemabayaran dan slip bank-in atau berurusan terus dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Proses tuntutan bayaran balik terlebih bayar bergantung kepada proses yang dilaksanakan oleh pihak KPT dan Akauntan Negara.
Bagaimana sekiranya bayaran yang dibuat adalah kurang / tidak cukup?
Jawapan :
Bayaran di dalam sistem iPayment telah ditetapkan. Graduan hanya perlu memilih bayaran hadir atau tidak hadir dan teruskan dengan pembayaran.
Berapakah jumlah yuran yang perlu dibayar ?
Jawapan :
Hadir/Tidak Hadir : Semua graduan dikenakan Bayaran Konvokesyen, bayarannya adalah RM250.00 bagi yang hadir dan
RM200.00 bagi yang tidak hadir.
Resit bayaran iPayment hilang dalam simpanan
Jawapan :
Tuan/puan boleh memuat turun semula salinan resit bayaran dari platform iPayment (salinan resit asal hanya dikeluarkan sekali sahaja di platform iPayment).
Sebelum ini saya telah membuat bayaran untuk tidak hadir konvo. Bagaimana sekiranya saya ingin menghadiri konvokesyen tersebut di saat-saat akhir?
Jawapan :
Tiada perubahan DIBENARKAN selepas graduan mengisi status kehadiran didalam i-konvo. Tarikh akhir pembayaran yuran adalah pada 07 OGOS 2026 (JUMAAT). Jika bayaran tidak diterima selepas 07 OGOS 2026, anda dikira TIDAK HADIR.
Jenis Pakaian Yang Sesuai Semasa Majlis Konvokesyen Berlangsung.
Apakah pakaian yang sesuai untuk konvo?
Jawapan :
Tuan/puan boleh merujuk kepada Etika Pemakaian dan Rupa diri Pelajar di GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON SELATAN TAHUN 2026 (POLITEKNIK NILAI: SIDANG 11 DAN SIDANG 12) yang disertakan bersama surat maklumbalas kehadiran. Garis panduan itu juga boleh dicapai di laman rasmi Politeknik Nilai.
Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen
Bila saya boleh mula mengambil jubah dan dimana?
Jawapan :
Sila rujuk makluman di ikonvo - Jadual Majlis Konvokesyen dan garis panduan yang telah disediakan.
Surat panggilan konvo masih tidak diterima atau tidak sampai ke rumah.
Jawapan :
Tuan/puan tidak perlu menunggu surat panggilan tersebut kerana Surat Jemputan boleh diperolehi di Sistem SPMP-iKonvo.
Majlis Anugerah Pingat Keua Jabatan
Adakah Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan akan dilaksanakan?
Jawapan :
Tidak. Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan bagi graduan Tahun 2026 tidak dapat dilaksanakan berikutan Majlis Konvokesyen tahun 2026 tidak diadakan di Politeknik Nilai.
Adakah penerima Anugerah Pingat Ketua Jabatan akan mendapat pingat tersebut?
Jawapan :
Ya. Penerima Anugerah Pingat Ketua Jabatan boleh menuntut pingat masing-masing semasa hari mengambil jubah. Kaunter bagi tuntutan pingat adalah selepas kaunter mengambil jubah.
Adakah penerima Anugerah Pingat Ketua Jabatan perlu memakai pingat tersebut semasa majlis konvokesyen?
Jawapan :
Ya. Penerima Anugerah Pingat Ketua Jabatan perlu memakai pingat tersebut semasa menghadiri majlis konvokesyen. Pingat tersebut adalah satu simbol kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.