S elamat Datang ke Laman Utama Unit Perhubungan Dan Latihan Industri. Laman ini menyediakan maklumat semasa berkenaan dengan latihan industri pelajar dan juga nama-nama syarikat yang menawarkan tempat untuk latihan industri.

Makluman / Berita UPLI:

PENYAMPAIAN TAKLIMAT PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI (LI) BAGI PELAJAR YANG AKAN MENJALANI LI PADA SESI 1 : 2024/2025 DAN SESI BERSAMA PERKESO NEGERI SEMBILAN
04/03/2024 | Jam :14:32:00

YBrs. Ts. /Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.&nbs... Lagi


Tajuk : PENYAMPAIAN TAKLIMAT PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI (LI) BAGI PELAJAR YANG AKAN MENJALANI LI PADA SESI 1 : 2024/2025 DAN SESI BERSAMA PERKESO NEGERI SEMBILAN

Makluman :

YBrs. Ts. /Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI), PNS akan mengadakan Taklimat Pengenalan Latihan Industri kepada pelajar yang terlibat. Taklimat ini diadakan bagi memenuhi syarat yang termaktub dalam Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Politeknik Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi Edisi 2022. Taklimat Pengenalan LI ini akan diadakan seperti berikut;

 

Tarikh            : 5 Mac 2024 (Selasa)

Masa              : 8.00 pagi

Tempat          : Dewan Sri Putra, (DSP)


3.     Sehubungan itu, pihak kami memohon Penasihat Akademik untuk memanjangkan pemakluman ini kepada semua pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi 1: 2024/2025. Kehadiran pelajar mengikuti taklimat ini adalah WAJIB kerana ia merupakan syarat untuk menjalani LI. Pelajar yang tidak hadir perlu menyediakan surat tunjuk sebab dan perlu mendapat sokongan oleh ketua jabatan masing - masing dan sekiranya sebab yang diberikan tidak diterima atau tidak menghantar surat tunjuk sebab tersebut, tindakan akan diambildimana pendaftaran kursus latihan industri pelajar tidak akan disahkan dan pelajar akan dikenakan Surat Amaran bagi kesalahan tersebut.

 

4.     Selepas taklimat selesai, pelajar akan diberikan satu pautan soalan pemahaman dimana melalui pautan ini pelajar diwajibkan untuk menjawab soalan pemahaman berkaitan taklimat yang disediakan menggunakan platfom google form. Pelajar perlu mencapai markah 80% dan ke atas untuk dikira sebagai lulus bagi membolehkan pelajar memperolehi e-sijil yang akan dihantar ke alamat emel pelajar yang telah didaftarkan dalam google form berkenaan. E-sijil tersebut akan digunakan sebagai salah satu syarat kelayakan bagi membuat permohonan daftar kursus LI. Setiap alamat emel yang didaftarkan hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja soalan penilaian tersebut. Sekiranya pencapaian tidak mencapai 80% dan ke atas maka e-sijil tidak akan dikeluarkan dan pelajar tidak boleh mendaftar kursus LI.

 

5.     Sehubungan itu, suka kami ingatkan kepada pelajar agar mendengar dengan teliti taklimat tersebut dan cuba memahaminya dengan baik sebelum menjawab soalan penilaian tersebut, ianya bukan sekadar untuk menjawab soalan penilaian tersebut namun demi kebaikan pelajar sekiranya memahami isi taklimat tersebut dengan baik dan diharapkan tidak berlaku sebarang masalah atau kesilapan sepanjang (sebelum,semasa, dan selepas) proses latihan industri ini berlangsung. Selain itu, selepas selesai taklimat pengenalan, pelajar-peajar akan mengikuti sesi bersama pihak PERKESO bagi memberi penerangan berkenaan industri dan halatuju kerjaya dan perkaitannya dengan latihan industri.

 

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Ts. /Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.