P
eraturan Kamsis::

Antara Kesalahan Di Kamsis Yang Boleh Mengakibatkan Penggantungan / Pembuangan Pelajar Dari Kamsis :
  • Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.
  • Merosakkan harta benda di Kamsis (vandalisme) dan mengotorkan bilik Kamsis.
  • Menganggu ketenteraman penghuni di asrama.
  • Membawa orang asing menginap di bilik Kamsis tanpa kebenaran bertulis.
  • Berpindah / bertukar ke bilik lain tanpa kebenaran dan pengetahuan penyelia Kamsis / warden blok.
  • Berpakaian menjolok mata / kurang sopan / berseluar jeans di kawasan Kamsis adalah dilarang sama sekali.
  • Menceroboh ke bilik berlainan jantina.
  • Meminum / mengedar / menyimpan / menyorok / membuat / menghisap / mempunyai apa jua alat berkaitan dengan rokok / tembakau / najis dadah / ganja / bahan lucah / minuman yang memabukkan.
  • Bergaduh , terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan samada di dalam atau di luar Kamsis.
  • Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah samada di dalam atau di luar kampus.
  • Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik.
** sila rujuk kepada buku peraturan kamsis untuk jenis-jenis kesalahan yang berkaitan.